Wednesday, October 5, 2011

Tahi!

Pehh lama nak meninggal gua tak upadate blog. Dari selepas gua cukur licin kaki ni sampai la dah berjambang balik serupa beruk mak yeh. Kahkahkah!

Amboi bukan main sihat lagi korang ya. Makan banyak sangat dari raya sampai jam ni gamaknya. Gua punya lah nak jaga badan sampai makan pun teragak-agak tapi tak jugak-jugak kurus...

Pui!

Berbalik pada tajuk. Gua sebenarnya nak cakap pasal tahi. Tahu apa itu tahi? Apa? Tak tahu? Tahi lu! Tahi ni adalah sisa buangan makanan yg tak diperlukan oleh tubuh badan lu orang yg telah diproses dan seterusnya disalur keluar melalui rektum dalam pelbagai bentuk, bau, warna dan rasa.

Ya! Tahi ni banyak kategorinya. Ada yg keras, separa keras, cair dan bercirit-cirit lagi jenisnya. Nak geli? Kamonnn. Gua yakin semua pernah mengeluarkan tahi. Tipu lah kalau tak pernah!

Geli nak tengok? Peh. Kalau nak dikatakan hari-hari lu orang pegang tahi masing-masing. Siap cium bau lagi kan? Kalau ada yg jenis curiosity tinggi tu mungkin ada la sorang dua yg bahlol sangat curi-curi calit dalam mulut nak tahu apa rasa ye dak? Tak senonoh betei!

Ah celaka, gua dah mula merepek seperti orang hilang akal!

Apapun gua yakin ramai orang luar sana yg pesen demand nak makan tempat mahal-mahal kan? Ah mesti ada punya la sorang dua orang gini keliling lu. Peh. Gua cukup menyampah dgn orang lagu ni. Walaupun adik gua turut tergolong dalam golongon tu.

Jenis nak order paling mahal dalam menu. Kalau pergi mamak paling-paling bangsat nak order pun maggie goreng double letak telur double, kalau yg ada western tu mau disebatnya double chicken chop. Peh. Semua nak double mana tak doublenya perut tu. Heh. Mengata orang tak sedar diri...

"Celaka, celaka, celaka..." , gua bermonolog.

Tak ada hala tuju langsung apa yg nak ditulis!

Ah nak dijadikan cerita buat apa order makanan mahal-mahal kalau akhirnya tahi juga yg lu orang hasilkan. Lainlah kalau lu orang boleh berakkan duit. Nak keluarkan tahi bentuk duit pun payah gua rasa. Sebab tu gua belum nampak lagi baiknya makan mahal-mahal ni.

Misalnya ni (rujuk gambar rajah). Ini gua makan malam tadi dekat Highway Cafe. Biasanya gua order Salmon Steak je. Murah sikit. Tapi malam tu gua tiba-tiba buang tebiat order Supreme Salmon! Bukan apa. Kes tak puas hati adik order paling mahal sebenarnya. Kahkahkah! Pesen berdendam.


                          Harga tak lebih dua keping not RM50


Tapi akhirnya ini juga hasilnya......

                   Awas! Mohon jangan keliru. Ini bukan coklat hersheys!

Lebih teruk lagi gua cirit sampai ini jam tahu! Menyesal tak menyesal lah kan.


Tapi kalau nak kata sedap, sedap lagi masakan mak gua dgn mak lu orang ye dak. Ada juga berkatnya. Nak kata nikmat, apa sangat lah nikmatnya hoi....

Ahh sebelum gua sambung apa-apa yg patut disambung atau bahasa mudahnya, berak. Nah sepam dua teka-teki:

"Apa benda yg paling susah kita nak cari tapi bila dah jumpa kita buang merata-merata?"....


Haaa jangan nak pura-pura tak tahu jawanpannya!

Akhir kata, korek lah hidung. Nikmat paling inzal woi! Kahkahkah!



P/S= Lepas korek jangan gentel lalu buang merata-rata ya? Bimbang anak kecil kutip lalu calit ke mulut. Errr.