Saturday, April 30, 2011

Kan??

Eh! Rindu kan!!???

Errrr...

Kelmarin kalau korang perasan aku ada cakap nak update entry yg betei betei punya lepas makan kan?

Tapi aku tak kasitau pun lepas makan yg mana satu kan?

Jadi janganlah nak marah aku post lambat sikik! Dah tak comel dah bila marah marah kan?? Kalau ikutkan nak post tahun depan pun boleh kan?

Haa memandangkan aku baru lepas makan boleh lah aku type sekejak.... kan? kan? kan?

Hmm aku haus ni woi. Jadi nak buat apa? Minum lah kan??

Aku minum sat. Boleh kan?

*hirup saki baki neslo* ..... mmmyeahh!

Aku minum sambil type ni korang tak kisah kan?

Err lagi satu korang tak kisah sambil aku type ni sambil sambil tu aku main twitter kan? Sebab korang pun main twitter!! Kannn??? :B

Eh! Aku sebenarnya takda hala tuju tahu nak update entry ni. Baik takyah buat, kan??

Jadi konklusinya, haa itulah air neslo memamg sedak! Kan???


Ace bayangkan sepanjang aku cakap "kan?' tu aku buek muka cenggini. Comel kan??


Eh chill-ah-kak lah kan type cenggini kan??????

Okaylah melampau dah ni kan??

Jadinya..... Selamat Tinggal lah kan??




     p/s= Blog ini macam sampah! Aku dah kata kan??
  p/s/s= Eh sebenarnya okay jugak lah kan?? Kehkehkeh.
p/s/s/s= Hmmmm perasan kan!??

Thursday, April 28, 2011

New Post??

Haiiiii. Hihihi.

Fuhh dah dua minggu lebih aku tak update new entry kan?

Agak-agak ada yg merindui aku dak? :B

Haaa? Takdaaa? Binatang! Sobs sobs.

Aku tanya lagi sekali aje ni. Tolong jawab dgn serious okay? Hoi rindu aku dak?

Kalau rindu baik ngaku! Kalau dak korang berdosa mati seksa sebab menipu. 

Elehhh tak rindu? Tolong cakap ini satu kepuraan? Ceh. Saja nak kasi aku rasa down kan?

Heh tak heran pun lah sebenarnya. Bukan apa. Sebab aku tak rindu korang pun.

Tapi apa yg pasti dekat dunia yg nyata ni ramai yg terindu rindukan aku sampai gila tahu?

Eh korang sihat tak? Aku sihat. Okay bye!

PEACE!

                                   Ni apa pelik sangat ni woi! Seram tahu? LOL





  p/s= Saja post benda ni nak kasi cukup syarat post entry baru. Kahkahkah.
p/s/s= Nak makan sat karang aku post entry yg betei2!

Thursday, April 14, 2011

Cantik ??

HOI korang semua..

Aku nak bagitahu korang semua yg aku rasa aku cantik harini.

Tahu kenapa?

Sebab mmg itulah kenyataannya.. Okay tipu saja! Kehkehkeh.

Kepada korang yg berwajah binatang tu jgnlah nak bersedih bagai.

Kalian pun cumels jugak woi~

Bezanya aku lebih sikit dari korang!

Sumpah tak tipu okay! :B

Sebab apa? Sebab...

           SEMUA MAKHLUK TUHAN ITU CANTIK DAN SEKSI! ( • )( •ԅ(ˆ⌣ˆԅ)

Cantik dan seksi tu bukanlah bermaksud dari segi penampilan sahaja... 


Tetapi secara dalaman sekalik. Eh bukan mudah tahu nak jumpa gadis yg mempunyai kecantikan luaran dan dalaman sekali gus pada zaman globalisasi ini tahu.


Eh korang tak percaya ke korang boleh kelihatan seksi walaupun secara dalaman?? Tak percaya!!? Nah cuba tengok ni~!

                                           Kemain seksi kan?? Kahkahkah!


Okay tak lawak. Sorry~

Sebenarnya-benarnya entry ini aku tujukan dekat semua kaum wanita di seantero dunia~

Usahlah anda berduka dan komplen bagai mengenai penampilan fizikal anda. Contoh ngomelan yg aku sering dengar dari mulut wanita:

"Eh saya gemuk lah mencik lah!" - Tengok penimbang beratnya tak lepas tahap normal pun dalam BMI..


"Saya tahu saya tak cukup seksi!" - Padahal perut tetek semua terkeluor.


"Saya buruk huduh gemuk pendek mana ada yg suka. Emanda aje yg cantik! Semua tergila-gilakan dia!" - Eh Emanda? Siapa dia tu? Mesti retis kan? Kehkehkeh...

Ceh. Semua pentingkan kecantikan luaran. Aku hangin betei! Korang tahu tak semua tu tak penting pun tahu!

Apa yg penting adalah kecantikan dalaman. Maksud aku hati nurani kalian yg dilihat dan bukannya lurah dada semata-mata.

Apa guna rupa cantik tapi dalam busuk cam bangkai woi!

Eh tak kisahlah kalau setengah orang cakap kau cantik setengah lagi kata tak cantik kau pedulikkan aje!
Sebab bak kata pepatah omputih..

 "Beauty lies in the eyes of the beholder"...

Eh tak kisah jugaklah kalau muka korang cam jamban pecah ke hape pun tapi kalau ada hati yg baik ada aje orang yg buleh tertarik dekat korang!

Eh kalau yg bermakwekan or berpakwekan manusia yg cantik tetapi berhatikan binatang tu semua gila tahu!

Pedulikkan! pedulikkan!

Semua manusia tak sempurna. Semua ada kelemahan dan kekurangan masing-masing.

Tetapi bagi yg mempunyai kecantikan dalaman dan luaran itu (Contoh terdekat aku). Anda patut bersyukur!
Dan gunakan kecantikan anda sebaik mungkin.

Eh aku rasa cukuplah bebelan kosong aku sampai disini.

Disebabkan aku rasa aku cantik kemain nah XOXO sekalik! hihi.

Bye~




    p/s= Korang semua cantik! Ingat tu! :8)
 p/s/s= Tetapi aku tetap yg paling cantik antara kalian okay! Hikhikhik tuihh! :B
p/s/s/s= Ekceli tak cantik pung aku ni. Perasan cantik adalah!

Wednesday, April 6, 2011

MALAS

Hai.

Hari ini aku penuh dgn kemalasan.

Binatang sungguh sifat ini tahu!

Aku malas berganjak.

Aku malas gosok gigi.

Aku malas menghembuskan nafas buaya 
yg baru bangkit dari tidur....

Aku malas nak mengorat.

Aku malas nak cecantikkan diri.

Aku malas nak melayan peminat-peminat yg gegilakan aku.

Aku malas nak mengawan.

Aku malas sebut nama leplep lagi.

Even nak type entry ni pun aku malas!




Inilah yg aku dok buat dari tadi . Malas sangat nak bergerak woi !



Sampai nak ngadap korang pun aku naik malas.


Konklusinya, segala-galanya lah aku malas!

Dan entah kenapa teringin puloks makan ketupat palas.

Kehkehkeh~

Ah sudah! Malas aku nak cakap bebanyak.



Okay bye!




p/s= Aku belum mandi lagi sebab MALAS!

Monday, April 4, 2011

Gambo Ya? Panjang Sangat Ya?

Salam kengkawan.

Entry kali ini buat manusia jek! Coz ini merupakan  feedback kepada feedback daripada kengkawan manusia aku. Binatang mana gheti nak bagi feedback woi~
Melainkan dia tu manusia bertopengkan binatang. Kehkehkeh.
Amboi teruih pepandang kawan sebelah. Taknak ngaku binatang lettew! Melampau~

Okay..

First sekalik. Terima Kasih lah kepada makhluk yg kurang comel seperti anda (yes engkau leplep, engkau dan juga engkau) sebab sudi baca blog aku.
 Aku tahu korang sebenarnya lepak dekat blog aku dengan harapan boleh share kecomelan aku ye dak? Jangan harap! Mimpi aje lah.

Aku bermonolog : "Mygoddd cumel gilaa bila aku gegarang cenggitu. Hiks hiks"


Second. Dapat jugak puji-pujian sepam dua dari makhluk Tuhan yg aku rasa seksi gitu.
Tak lupa juga caci maki daripada beberapa binatang yg aku rasa jijik nak buat kawan.
Nasib baik cacian manja tahu, kalau dak.. Kehkehkeh.

Antara comment yg aku dapat:

"letaklah gambar sikit guava woi~ baru syiok nak baca"... 


"gambo mano gambo? ce letak sikit baru menarik nak baco"


Yela-yela aku letak lah karang. Nah hambik sebijik!


                                    errr ini dikira gambo jugak kan?? hihihihi.....


Ceh. Karang aku letak gambo rusmah mana muat ghambut dia~ lol.

Selain tu ada jugak yg cakap Entry aku terlalu panjang. (leplep lu terasa dak? kehkeh)

Hape lagi.
Tanpa segan silu berdas-das carutan yg aku lemparkan dalam bahasa Greek ( supaya tak difahami oleh beberapa ekor budak kecik yg sedang memerhatikan aku dari jauh) dan dengan muka selamba tenuk aku jawab:


"blog aku! ikut sukalah woi! @#$%^&*"  *cacian pungg berlarutan.....

Dalam hati lah tapi.......






p/s= Hari ini aku type dengan perut yg kosong lagik! Chill-ah-kak sungguh ghasa ini.




Friday, April 1, 2011

My First Blog Entry

Salam perkenalan wahai manusia, binatang, separuh binatang dan sebagainya.

Ya kawan-kawan ya. Sudah terang lagikan bersuluh. Seperti yang tertera di atas, ini merupakan entry aku yg pertama. Aku baru berjinak-jinak ke dalam kancah blog dan masih banyak yg aku tidak tahu mengenainya. Tunjuk ajar daripada blogger yg hebak-hebak belaka yg dah lama menapak dalam dunia blog amatlah ditagihkan. Sesungguhnya aku diibaratkan sebagai seekor bayi comel yg baru menetas ke dunia alam maya. Oleh itu, aku memerlukan kasih sayang dan asuhan mengenai blog. Dan entah kenapa tiba-tiba aku rasa ayat aku mcm chill-ah-kak? Haha. Ceh, aku taknak intro banyak-banyak. Tapi sebelum tu.....

*Tengok jam tangan ben10 aku yg limited edition punya*.
"Binatang! dah 2 jam baru satu perenggan siap!?" Aku bermonolog sendirian.

Kalau satu perenggan pun 2 jam masa yg aku ambil. Kalau 5 perenggan? Lu pikirlah sendiri! Ah sudah. Aku dah mula menyumpah seranah kerana ketandusan idea. Amboi baru nak masuk perenggan ketiga. Ah jangan nak amboi-amboi sangat! Masa itu emas, gunakan sebaiknyaAlaaa kau kena faham ni first time kut. Err, maafkan aku. Aku sebenarnya mempunyai masalah split personality disorder. Kau tahu apa itu? Tidak? baiklah sila tinggalkan page ini dgn segera.

Cehh nak hangin bagai konon! Maaf. Tiada niat untuk menghalau. Cuma aku tgh nervous. Maklunglahh first entry. Lagipun aku sedang kelaparan. BYE nak masak maggie kejap. #AFK.
Okay aku tipu. Moh nak sambung...

Aku create account ni kelmarin. Nak cari background blog ni kemain lama tahu! Dari Spongebob ke Zoidberg, Stevie family guy, Justingg Bibir, Maria Ozawa, Rusmah, Homer Simpson, Spider Pig oh tidak lupa juga Rebecca Black (ni antara binatang-binatang yg aku rasa cool gitu) dan last-last? Cenggini je pagenya. Simple~ Orang-orang hebak selalunya tak suka menonjol ye dak.

Selama dua hari aku menagih idea daripada puaka-puaka yg entah dari mana datangnya. Hampehh. Sia-sia belaka. Semua idea yg diberi karut-marut! Tak dapat diterima oleh akal fikiran aku yg masih suci murni ni. Alahh dah kata puaka. Apa yg kau harapkan? Depa tu bernafsu binatang tak sudah aje. Kahkahkah.
Kebuntuan terus melanda. Sungguh chill-ah-kak!


Entah mcm mana. Petang tadi sebelum keluar pergi suping. Aku belek2 wajahku di depan cermin dan berasa bangga kerana kecomelanku tiada tandingannya. Aku yakin pasti ramai yg tergila-gilakan aku di kampung ni! *senyum megah*. Ekekeke. Sedang aku kagumi ciptaan Tuhan yg ada di depan mata (time ni aku tgh ngadap cermin) tetiba idea datang menjelma! Fuhh. Idea tu tidak lah seberapa , at least ada juga benda yang aku nak type ye dak. Hihi.

"Nak maggie! nak maggie! nak maggie!" teriak perutku mencelah. Ceh biadap sungguh perut ni. Kau tak nampak ke aku tgh buat hape? "Jangan nak binatang sangat wahai perut! Cuba tgk jam pukul berapa!" Balasku dengan nada marah sambil menjegilkan dua biji mata aku yg berwarna coklat ni. Kehkehkeh. (Asal aku gelak cam leplep ni) Ah pedulikkan.

Woi aku lapar nak termati ni tahu. Karang pengsan acane nak post entry sampah aku ni? Haha.
Baiklah, perut pun dah terpanggil-panggil maggie ni. Sampai di sini saja bebelan aku. Sungguh lame-shit kan? Ya aku tahu tu. Maafkan aku jika entry ni mengandungi banyak tahi. Maklungg lah, seperti apa yg aku kabor tadi, aku ni hanyalah seekor bayi comel yg tahu buang tahi merata-rata tempat. Kahkahkah.
Aku harap korang tak mencarut baca karutan a.k.a tahi ini . LOL. Sekian.




p/s= Aku tak pernah siap karangan sekolah. Tapi karangan karut-marut ni boleh pulak nak buat. chill-ah-kak!