Saturday, May 7, 2011

Mana Kau??

Hi.


This is me. The new me. The old me is gone.

Gone in time. Gone away. Gone to nowhere.

Ahhh saka omputih dah merasuk dahhh.

Hmmm,

Aku yg dulu jauh lebih baik. Sering mendapat top 5 dalam class. "A" mmg bersepah dalam report card. UPSR dan PMR mmg Alhamdulillah lah cemerlang. 

Seorang yg cantik rupawan, jelita, anggun, putih tulus, gebu mulus, lincah, aktif, periang, pelawok, banyak mulut, ramai peminat itu sudah tentu dan juga seorang yg tak tahu malu sebab suka mengaku itu dan ini. Pesen kuat perasan lah kiranya.

Hmmm tapi itulah. Kini hanya tinggal diri Aku yg baru yg mcm jilaka berserta kenangan indah bersama pelajaran aku pada masa dulu.


Sekarang ini pelajaran aku merosot jatuh terduduk tersembam bagai. Iya sejak aku sakit ni mmg sering kali aku tak kesekolah. Oh dan tidak lupa juga dgn kehadiran Twitter yg melekakan!

Fyi, aku dapat no 32/37 dalam ujian setara haritu. Pehh! Buat rasa nak terjun KB Mall pun ada. Tak pernah pernah aku dapat no 10++. Tapi itulah, aku tak amik 3 paper kira hebat lah tu kan? Kehkehkeh. :B

Sebab sakit ini jugalah aku keluar dari sekolah yg sangat bagus dalam Malaysia ini. Iaitu Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak . Tahniah buat sekolah aku tu sebab dapat tempat ke-2 SPM 2010. Ranking SBP SPM 2010 .

Err dont get me wrong okay bukan niat aku untuk berlagak ataupun apa.

Aku cuma ingin membuat comparison antara aku yg dulu dgn sekarang.

Aku kecewa dgn diri aku sekarang ini. Aku juga dapat lihat kekecewaan kedua orang tuaku.

Heh cukuplah kau menghampakan kedua orang tua kau selama setahun kebelakangan ini.

Haihhhhh. Kalaulah aku sihat seperti dahulu kala... kalaulah! kalaulahhh!

Cehhh tak guna juga aku asyik nak salahkan sakit yg aku ada sekarang ini.

Aduhhh. Kamon Emanda kau kena buat sesuatu. SPM semakin hampir.

Tapi buku langsung kau tak pegang. Acane nak dapat 9A? Acane kau nak capai cita cita kau?

Aku yg sekarang ini sungguh berbeza dgn aku yg dulu.

Mana kau yg dulu yg suka belajar, yg suka utamakan pelajaran dari peminat peminat kau , yg pantang dicabar dalam peperiksaan, yg gigih berebut rebut untuk mendapat top 5 dalam batch yg sekali gus top dalam class juga?


 Mana Kau? Mana kau yg dulu?
Mana semangat kau?
Mana kecermelangan kau yg walaupun tak seberapa tu dulu?
Mana??? Mana kauuuuu????




   p/s= Im having a serious mental breakdown right now.... Save me!
p/s/s= Maybe i need my Mr.Weirdo to inspire me on my studies....just maybe.

12 comments:

- koroe - said...

ehh. banyak sangat ke main tuiter sampai jadi macam tu?


rasanya takda lah teruk sangat kalau numbor 32 tu. ai pernah dapat number 38/39 taw.

tapi spm oke je dapat banyak A. haha

GuavaTheBuaya said...

Mcm ada jodoh je sama sama no corot? :B Hahaha!

Alah time koroe tu dah ada ke twitter bagai?

vampire's lovex said...

mencabar gak eyy jd remaja yg moden serta di limpahi segala lama soSIAL yg banyak..


tp xpe,masa masih ada... chaiyok !! hihi

GuavaTheBuaya said...

Dah kata pun laman soSIAL hihi

Okay terima kasih!

Anonymous said...

aku masa zaman sekolah rendah, sekali je dapat nombor corot, darjah 3, pasal tak pegi exam sebab demam.

lepas tu main 1 je manjang, dua tiga kali je dua. pasai pa? Pasai bebudak sekolah aku tu x bape bijak.

UPSR - 5A

Then masuk SBP, top student gak. tapi x dapat top 1 pasai ada minah gebu ni lagi terer dari aku. tapi still main level2 top 3 jugak.

PMR - 8A

Then masuk form 4, kengkawan yang lain mula jadi terer. kedudukan aku mula goyah, tapi still dalam lingkungan top 10.

SPM - 9A 1B.

Then masuk asasi, sekarang degree, kos pertama aku flunk, tahun ke-3 aku tukar masuk kos lain. sekarang aku jadi 1st year balik di kala kawan2 lain dah final year.

mana aku yg dulu?

*sigh*

-terer dan hensem-

Muhammad Rafiq Hasrudin said...

sabau2. sempat lagi. kira ko dah nyesal sekarang. ada gunanya. kalau nnyesal kemudian yang takde guna. so guna penyesalan skg ni untuk baiki apa yang perlu dibaiki. teruskan usaha. jangan mengaku kalah. gudluck untuk lu!

Unknown said...

kurangkan twitter plss
aku pon penah merasa down camni sbb byk sangat tuit2

huhuhuhuh

Anonymous said...

kamon emanda...mcm mana nak bawak kapal terbang i mcm ni?? hehe

GuavaTheBuaya said...

anon: kamon anon, lu siapa? mcm mana nak bawa kapal terbang siapa kalau siapa punya kapal terbang pun gua tak tahu. kehkehkeh..

Anonymous said...

ala kta nak jadi pilot gua apeni dah lupe.....anon byk sgt mkn semut....

GuavaTheBuaya said...

'Anon' : oooo

gua tahu lu siapa, takyah nak anon sangat lahh

Anonymous said...

Ahaha Emanda, kau kira ok le, 9 sabjek, aku memula 9, memandai-mandai tambah jadi 11. dulu no. 9, la ni lepas ja aku sakit tenat seminggu zapturun 38/38.

Entri kau ni buat aku emo tahu? sampai hati kau! grrrr *eksen*