Thursday, May 19, 2011

Pura Pura Buta?

Bhahahahahahahahaha!

Lu tahu pasal apa gua gelak? Gua gelak sebab ramai orang yg pura pura buta!

Nak kata kesian tapi sebenarnya menyampah pun ada jugak.

Gua bukan cakap pasal orang yg pura pura buta mintak sedekah dekat pasar ke apa.

Tapi pasal orang yg membutakan diri dari nikmat yg telah Tuhan kurniakan.

Maksud gua, diaorang ni tak puas dgn nikmat yg ada. 

Diaorang ni sebenarnya tak perasan dgn apa yg diaorang ada tu kadang kadang jauh lebih baik daripada apa yg orang lain ada. 

Bukan apa, tadi gua duk usha usha profile picture makwe yg cun cun.

Tiba tiba gua ternampak satu awek cun tu, gua pun klik gambar kasik besar. Cantik orangnya! Tapi bila gua terbaca bio dia gua terus marah sampai rasa nak tercarut.

Tahu sebab apa? Cuba lu orang tgk gambar ni...

Gua edit sikit tapi still boleh tahu dia cantik kan??

Gua bukan marah sebab jealous dia cantik atau apa.

Sebab gua ni bukanlah pesen yg nak marah orang ikut suka. Lebih lebih lagi dekat orang cantik. Gila apa?

Tapi itulah, gua marah jugak sejurus lepas gua baca bio dia yg berbunyi :

"itam,gumuk n pendek.."

Ringkas tapi sudah cukup untuk buat gua mencarut!

Gua tak tahu lah sama ada dia type bio tu secara membabi buta ke ataupun dia masih belum kenal makna perkataan lagi. Ataupun sengaja pura pura buta?

Kalau betei lah dia hitam gemuk bagai habis tu kalau yg ni apa?????

Oh inilah big mama dalam swimming suit kuning. Cool bukan? Kahkahkah!

Tapi gua syak dia ni pura pura buta type membabi buta. Sebab apa? Sebab nak meraih pujian.

Cuba bayangkan kalau orang cantik cakap mcmtu, karang sudah tentu orang disekeliling yg jenis nak mengampu bagai bagi pujian berdas das. Seronok kemain lah dia kena puji~

Gua kenal sangat dah dgn orang pesen cenggini.  Harus dipuji selalu. Pujian ni ibarat oksigen bagi mereka. Boleh mati agaknya kalau tak kena puji seharian.

Lu orang layankan ajelah karang tak pasal pasal merajuk tak sudah. Siapa yg nak pujuk? Gua taknak sebab hati gua sendiri tgh merajuk mintak dipujuk. Okay sebenarnya itu takda kene mengena.

Baiklah, semua tu gua cakap dari side negative aje, gua kena tgk dari side positive juga. Mungkin mereka ni cuma merendah diri. Kan? Merendah diri itu kan sifat yg dipuji dan dikasihi Tuhan serta makhluk sekalian alam.

Alahhh tapi siapa aje yg tak suka kena puji ye dak? Termasuklah gua sendiri. Kahkahkah!


Tapi satu gua nak pesan. Bersyukurlah dgn nikmat yg korang ada. Sebab dalam banyak banyak nikmat bukan semua orang dapat menikmati nikmat yg paling ternikmat iaitu nikmat IMAN....aduh manis...


p/s=Gua MINTA MAAF awal awal sebab boleh mampus gua kalau terkantoi dgn tuan punya gambar tu. LOL!

12 comments:

Anonymous said...

post ni menunjukkan lu bukan dari kalangan bajingan seperti gadis-gadis yang ada sifat bajingan, seperti yang lu dah kemukakan. syabas. gua selalu sakit hati bila jumpa orang macam ni, tapi gua berjaya sucikan hati gua dengan tak peduli apa haram jadah langsung bila benda benda ni berlingkaran di depan mata dan di dalam otak gua. tenang.

apa apa pun, gua nak entri provokasi macam ni lagi. boleh?

bujal X said...

saya pun gemuk,itam, pendek.

*tapi letak gambar fahrin ahmad.

GuavaTheBuaya said...

Anon: Comment lu tu gua anggap sebagai pujian dan jujur cakap gua tak pandai terima pujian. Apa apa pun terima kasih dan akan gua usahakan untuk update entry seperti yg lu mahukan. Tapi gua kena pelan pelan kayuh sebab gua masih baru lagi dalam bidang cenggini.


Bujal X: Itu gua tak boleh nak comment apa selain hanya mampu tercarut sendirian. kehkehkeh..

Muhammad Rafiq Hasrudin said...

konon2 nak low profile la kan. bg orang puji,

' eh awak cantik sebenarnya kan?'

GuavaTheBuaya said...

Rafiq: Betei tu Rafiq, bercakap berdasarkan pengalaman ke? Kehkehkeh.

Amir Syahir said...

lu ni power la..boleh tolong up entri dekat blog gua kejak? keh3

GuavaTheBuaya said...

Hiro: Amboi hiro siapa lah sangat gua ni nak up entry dekat blog femes mcm lu. hikhik!

Anonymous said...

ni melampau ni ni emanda.... makwe gua lu suke2 hati tutup mata dia.... ni anon nk komplen dkt persatuan blogger ni

GuavaTheBuaya said...

'anon': aburafsanjani/aburafjansani ikut lu lah gua pedulik hape. Lu ingat lawak lah lu jadi anon lepastu comment cenggini.. Blerghh..

Anonymous said...

keh keh keh. mungkin dia nak nampak diri dia comel dengan mengatakan itam gumuk pendek, supaya saham lebih cepat laku.

GuavaTheBuaya said...

lucifer: ya mungkin juga then biar orang puji dia. licik!

Unknown said...

chop!aku rasa cm tau jerk tuh sapa..lol